Isnin, 14 Disember 2009

Reu KLKM UPM

Jumpa kawan lama bukannya senang......nak kena wat proper plan baru jadi...tapi kadang2 iye2 plan pun tak jadi jugek........ikut plan asal nak reu kat umah paktam 13/12/09.....tetiba paktam kate batal.......aku punya la excited nak jumpa org lama2 KLKM ni tetiba xjadi plak...lastly aku tekad sms sumer no alumni klkm upm dlm phone aku ni perjumpaan tetap jadik.......not bad, ader jugak reply nak joint jgk.......decide jumpa jam 2pm kat Satay Kajang.

Ok la.....org yg aku xpernah jumpa sejak bergelar graduan tetiba dtg ari ni......Abg Hairy, Kak Nomi, Abg Roni, Abg Mi, Kak Ina Besar, Kak Rozi, Kak Herny, Kajul, Mama, Aku n Ana....ada 10 alumni + 12 anak2......

Byk jugak isue KLKM dibincangkan sambil tanya khabar keluarga......next planing blm ader tapi insyaAllah akan lader lagi perjumpaan seperti ini.

Isnin, 7 Disember 2009

Jalan2 Bandaraya Bersejarah

Seperti dirancang, jalan-jalan cuti sekolah kali ini menjadi jugak akhirnya. Nak mandi manda Afamosa Water World, Jalan2 bandar melaka, naik taming sari, and nak balik KL tu singgah jap kat umah mertua angah. Alhamdulillah sumernye dpt. Hotel ayg dah booking. Ramai gak yg dapat join.....Aku family, ayg, rafiq, nafisah, ayah, iza, gg, abah, mak mertua, nor, azizi, alisya, ayep, tiqah, alan, edie, amy, zulaikha, emi, iena, achik, nazirah, bangah, najmi,najwa, makuda, effa, irfan, fazrin. Pak ngah pun ader....best...best...best......sewa hotel kat puteri beach resort. Bole la, stay 1 mlm jek....dapat 3 apartment...boley la tong2 kongsi byr hotel......

Lps check in lpk2 jap.......ader yg da xble thn lapar gaknye.....lps maghrib trus cari mkn.......aku mls nak pi jauh2......mkn dkt2 jela.......org melaka kate nak sedap mkn kat Alai............+-40 minit from hotel.....mmmmmm..blh thn jauh gak........finaly decide mkn kat Restoran Roti John..........patut pun nama roti john.........rupanya tu la menu paling special situ n org dtg mesti order roti john dlu b4 tunggu mknn lain smp...........

Lps mkn nak jln2 bandar. Ayg kater nak cari Jonker Street......pusing punya pusing finaly jumper gak but xsinggah pun....dah kul 12 time tu.........so sumer dicide balik hotel laaaa.....esoknya plan nak naik menara taming n also roda eye on.......bet jugak naik taming tower tu.....byk gak info dpt.......local RM10........xder ic RM20......okla.......after that pi jln2 jap somewhere area bandar.........kat muzium, ronda dataran, snap sini snap citu.........pastu pi umah Azizi mkn tgh...........

Lps umah Azizi baru pi eye on........byr baper yek? lupa dah sbb bukan aku yg byr.....heheheheh......ingat seround jek upanya 6 ROUND beb.............gayat? xder laaaaaa.....biasa jek........ikut tinggi....tinggi lg taming.........

Tu je perjalanan melaka, penutup jalan2 thn 2009.........on 18 Dis 2009 is my 5th Anniversary.......ader plan utk my Ayang.............tunggu!!!.......

see you......bye

Isnin, 30 November 2009

Jamuan mkn Hari Raya Haji

Jemput sumer........mkn2........jangan malu2 yer.......Gambar mkn2 akan diupload kemudian....sory xsempat.................

Khamis, 19 November 2009

Sian Nafisah

sian nafisah.....ape la abg long ni.....nak main2 pun jgn le smp adik terkehel.....tgk, kan dah berbalut tu....nasib baik tak patah tangan nafisah......huhuhuhuhu

Ahad, 8 November 2009

Kelantan Rosakkan Imej Piala Malaysia

Sekadar berkongsi pandangan,
Salah 1 punca rakyat malaysia tidak berminat menonton perlawanan bola sepak malaysia ialah kerana sikap segelintir penyokong fanatik pasukan yang tidak tahu menilai dan menghayati erti semangat kesukanan. Bila ini berlaku, maka kita akan lihat senario pemain dibaling dengan botol, pemain dimaki sesuka hati, dibaling mercun, petugas memadam api pun dibaling botol, kerusi stadium dibakar, teruk punya fanatik kelantan, bakar kerusi macam harta tu bapak dia yang punya.
Piala Malaysia yang sangat berprestij dicemari dengan insiden gaduh di luar stadium juga dicetuskan penyokong fanatik kelantan. Begitu ramai orang hebat yang berada di KL dicemari namanya hanya kerana segelintir manusia tidak berakal.
Walau apa pun yang berlaku, tahniah NS, hobin jang hobin............penantian 61 tahun kini berakhir..........Bersama kita memartabatkan sukan Malaysia ke mata dunia.
Hidup Malaysia.........1 Malaysia........

Selasa, 27 Oktober 2009

Rafiq janji......


APC UPM 2009

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kehadrat ilahi kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup ini, diberikan akal fikiran yang baik untuk terus berkhidmat dengan UPM, tempat kerjaku yang sangat dicintai.

Terima kasih SPS, terima kasih UPM kerana memberikan penghargaan ini buat kali kedua. Terharu yang tidak terhingga kerana dikalangan ramai-ramai rakan kerja, aku dipilih walaupun baru umur setahun jagung.

Jutaan terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta kerana banyak berkorban, sering ditinggalkan. Nasib baik ada Rafiq n Nafisah, peneman dirumah dikala aku terpaksa bekerja memenuhi tuntutan UPM. Terima kasih mak kerana melahirkan insan ini. Terima kasih ayah kerana memberikan aku sokongan/ nasihat sehingga aku bergelar pekerja cemerlang.

Terima kasih semua ahli keluarga. Terima kasih semua.

Isnin, 12 Oktober 2009

Lagi Seorang Anak Buah 2009



Alhamdulillah,

Bertambah lagi seorang anak buahku semalam. Ibunya Norhidayu, Ayahnya Azwan.......Nama anak Ahmad Fauzan Azim....lahir 11/10/2009, 6.10 pagi......Berat 3.94.......wow....beratnya.............

Rabu, 19 Ogos 2009

Lagi Seorang Anak Buah 2009


Tahun ini memang betul2 tahun berkembangnya keluarga ku. Edie yang kawin tahun lepas kini bergelar ayah. Siapa sangka, Nor Jamia'ah yang dikenen-kenen dari sekolah rendah lagi menjadi pilihan hati sehingga ke jinjang pelamin.

Ingatkan baby lelaki, rupanya girl lagi. Nama diberi Nur Alesya Zulaikha. Lahir operate pada 18/8/2009. Berat cuma 2.5 je............Tahniah Edie n Amy.

Selasa, 18 Ogos 2009

Salam RAMADHAN 2009


Salam ramadhan!!! Bertemu lagi kita di bulan ramadhan yang menjanjikan seribu kebaikan...Bulan yang penuh dengan rahmat Allah. Jadikanlah Ramadhan kali ini satu platform untuk kita mengubah segala yang tidak baik dalam diri kita kepada yang baik2 belaka. Buat pencinta2 rokok sedunia, inilah masanya untuk anda berhenti merokok.
Kita perlu sama2 ingat mengingatkan diri kita adakah kita akan bertemu lagi di Ramadhan akan datang.....sempatkah kita.........zakat yang wajib dibayar jangan dilupakan. Kepada yang dulunya bujang, kita telah ada tanggungan. Kalau dulu sorang, ramadhan ini telah berdua dan mungkin bertiga.
Kalau dulu, orang menangis gembira kerana syukur masih diberikan peluang bertemu Ramadhan, menangis sedih dihujung ramadhan kerana takut apakah kita akan dapat lagi bertemu ramadhan akan datang. Tapi, rata2 kita zaman ini mengeluh bertemu ramadhan kerana jahil dan tidak nampak segala kebaikan ramadhan. Dihujung ramadhan pula kita begitu gembira kerana hampir tamat ramadhan. Ghairah membuat persiapan untuk beraya.....
Sama2lah kita fikir2kan dan renung2kan.....wallahualam

Khamis, 2 Julai 2009

Anak buah baru 1/7/2009

Alhamdulillah.....tahun ini begitu banyak rezeki dikurniakan Allah kepada keluargaku. Sepupuku Emma Yuliana melahirkan cahaya mata kedua. Girl jugak, Eirdina Zaireen binti Zuraiman.........1/7/2009, Normal, berat 3.13 kg. 8.13pm.

Alhamdulillah

Isnin, 22 Jun 2009

Keluargaku Semakin Berkembang


Alhamdulillah, 3 pagi tadi adik aku yg no 4 dah bersalin anak kedua. Cadangan nama Nurin ??????. xtau ler Nurin aper dia nak letak. Termasuk yg ini ayah dah ada 4 cucu, tunggu Arul jer(adik no 2) yg masih merancang. Biler ntah nak beranak. Lahirnyer senang jugak. Normal, girl, 3.06. Blh thn bsr jgk. Tgh ni dah boleh keluar spital, ibunyer sihat, baby sihat......... Coming soon maybee my turn, cucu Pakcik Shahar no 5.......insyaallah dalam perancangan dan dah masuk dalam budget pengurusan. hehehehe.......

Isnin, 8 Jun 2009

Jemputan Walimatulurus Rizal-Hidayah

Kepada semua alumni/ ahli KLKM UPM, jemput datang ke Majlis Perkahwinan rakan KLKM kita (Mr XPresident). Ambil masa dan peluang ini untuk kita "reunion". Jumpa di sana......

Isnin, 25 Mei 2009

Majlis Perkahwinan Emy-Ena




Pengantin Lelaki : Adli Helmi Hamerudin
Pengantin Perempuan : Rusmalina Mohd Apandi

LOKASI Majlis Pernikahan:
Masjid Lama Bandar Jerantut

Lokasi RuMah PEngantiN LeLaKi:
Kampung Sungai TEKALI,Hulu LANGAT, Selangor

Lokasi RUMAH PENGANTIN WANITA:
Kampung Mat KILAU, JERANTUT, PAHANG

Tarikh Nikah: 23 Mei 2009(lepas maghrib)
Majlis Persandingan : 24 Mei 2009

Umur Pengantin Lelaki : 26 thn
umur pengantin perempuan : 21 kot..hehe

dah lama kenal?? 2 thn katernyer.....
ntah ye ntah idok

Wajah Baru MyVi Gua!!!




Alhamdulillah, setelah bersabar 3 thn menunggu, semua myvi yg nampak ranggi ku jeling jer.......ramai kengkawan yg baru amik MyVi pun dah tukar rim sport. Aku sabar jugak. Dah byk kali isi borang mintak persetujuan wife utk tukar 16-205-45. tapi still tak lulus.

Keter MyVi black ku kuar 13 Jun 2006...........ni thn ketiga baru dpt tukar sport rim. tu pun alasan kukuh. Perodua dah warning tayar ni dah tak selamat. Memang la kena warning, penanda pun dah mkn jugak......botak abis dah. dah pecah pun....HAJAT PERTAMA TAHUN INI TELAH TERCAPAI.......hehehehehe

Selasa, 5 Mei 2009

Sukan Badang Berkanun di Langkawi

Seperti dijangka pada awal pemilihan, memang aku tak terpilih untuk ke Langkawi. Tapi rezeki gua tahun ni, otai2 boling ramai xdapat turun padang. So, amik le org yang ranking bawah2 ni. Bos kicik dah bagi green light tapi bos besar plak kasi tukar merah. PESAL??? Cam biasa, pegangan kerajaan CUTI ADALAH KEISTIMEWAAN, BUKAN HAK.....Kena lah akur dengan arahan bos. Aku tidak dibenarkan pergi pada 25/4/2009. Tapi lepas tu aku jumpa balik big bos, nasib bos kater kalau pi waktu game ok......so boleh le aku pegi. Tapi masalahnyer nak naik aper yek??? On the spot aku try cari bas and flight. Lastly aku decide naik flight. Dpt Air Asia 1/5/2009, 9.15 pm.....

Aku sampai di Airport Langkawi 10.30 pm. Terkezut jugak, big bos lama & sumer kengkawan boling dah tunggu aku rupanya. Hehehehehe, segan pun ada gak, macam star boling plak. Ramai giler datang sambut. Next day on 2/5/2009, aku main first blok, 4 game jer.........Terperanjat orang ramai jerit biler announce di lane keenam Pasukan dari UPM. Jelas menggambarkan team UPM sebenarnya digeruni banyak pihak. B4 main, ramai bagitau lane langkawi pelik skit, xpayah baling kuat2. Slow sudah.......boleh strike punyer. ... Cuba punya cuba.....130..........cuba lagi 157.......masa game kedua nampak meningkat dari tangga 13 ke 12........




>>Gambar sebelum start game








Geng lain sumer kater, xper main mcm biasa, dah xboleh kejar dah...........cuba lagi 109.......perghhhhh teruknya.......cuba lagi 109 jugak..........adus......susah btl.........masuk game 3 dan 4 beza mata makin jauh dengan ranking pertama.........xder harapan la ni nak bawa balik emas utk UPM.

frust tak terkata...apa kan daya telah diusahakan........

xper jumpa lagi 2011 di UMT.............SUKAN BADAN BERKANUN KE 7........ HO...HO...HO...HO........KELAUT WEEEEEEHHH.........



>>Penyerahan Bendera Kejohanan Sukan Badan Berkanun 2011 - UMT

Isnin, 13 April 2009

PC Fair Paling meriah setakat ni







PC Fair datang lagi. kali ni aku pi sbb ada barang nak beli. Imam pesan beli PC. Mak ngah pun pesan gak untuk sekolah. Edie nak beli monitor besar. Aku dah pakat ngan ayang nak beli PC baru kali ni.......senang nak wat multimedia kat umah. kasi gempak skit.

so +-abis gak dkt 6k beli barang PC. Mesti best nanti aku pindah taman sblh petronas 3G blh tahan kuat kat situ, blh guna full 3G internet. PC plak power.....waaaaa......bestnyer

Selasa, 31 Mac 2009

Jahanam lagi harta Ayah




31 Mac 2009, 4 pagi aku dapat msj from ija........."tgk la hasil keje adik kesayangan along ni". Aku tertanya......apehal plak ni..........

pagi tu nak kuar umah pi keje, nampak keter ayah lain mcm je rupanya. tgk2 hancur keter ayah. rupanya jiji xcdent pagi tadi.......................Ni ape ke jadah nyer. dah dibagi keter, dah cat cantik2 blh dia bawak laju2 sampai terbabas bantai tiang letrik. harga keter 4k, nak repair mau ler lebih 4k......mmmmm, kirer total lost ajerlah........

ape nak jadi adik aku sorang ni......abis semua nyer....keje malas, tau nak senang je idup......Bodoh betul, tak reti nak bersyukur, tak abis2 nak salah org. salah sana salah sini.....semuanya salah, dia je lah yg betol........

mak ayah dah kering air mata nak menangis. Sian mak, biler dgr je berita jiji xcdent, mak dah tak nangis langsung. Tenang je sambil gelak........"senyum jelah : kata mak kat aku"

ilang sabar je aku dgn budak sorang ni. nak je aku hempuk2 sampai patah tulang2 biar lumpuh xboleh jalan.

ikut ati tu je la yg terpikir. tapi pk jangka panjang xsampai hati plak. nanti yg susah mak jugak kena jaga sampai tua. ayah plak cakap "sabar je lah........dia pun dah menung dah tu, mati akal....tak bercakap langsung". tu je lah yang mampu ayah cakap.

aku punyer menyirap sampai la ni aku tak bercakap ngan dia. kalau dia tanya sepatah, sepatah le aku jawab......lantak kau le ji...............

Jumaat, 2 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009
Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki