Rabu, 19 Ogos 2009

Lagi Seorang Anak Buah 2009


Tahun ini memang betul2 tahun berkembangnya keluarga ku. Edie yang kawin tahun lepas kini bergelar ayah. Siapa sangka, Nor Jamia'ah yang dikenen-kenen dari sekolah rendah lagi menjadi pilihan hati sehingga ke jinjang pelamin.

Ingatkan baby lelaki, rupanya girl lagi. Nama diberi Nur Alesya Zulaikha. Lahir operate pada 18/8/2009. Berat cuma 2.5 je............Tahniah Edie n Amy.

Selasa, 18 Ogos 2009

Salam RAMADHAN 2009


Salam ramadhan!!! Bertemu lagi kita di bulan ramadhan yang menjanjikan seribu kebaikan...Bulan yang penuh dengan rahmat Allah. Jadikanlah Ramadhan kali ini satu platform untuk kita mengubah segala yang tidak baik dalam diri kita kepada yang baik2 belaka. Buat pencinta2 rokok sedunia, inilah masanya untuk anda berhenti merokok.
Kita perlu sama2 ingat mengingatkan diri kita adakah kita akan bertemu lagi di Ramadhan akan datang.....sempatkah kita.........zakat yang wajib dibayar jangan dilupakan. Kepada yang dulunya bujang, kita telah ada tanggungan. Kalau dulu sorang, ramadhan ini telah berdua dan mungkin bertiga.
Kalau dulu, orang menangis gembira kerana syukur masih diberikan peluang bertemu Ramadhan, menangis sedih dihujung ramadhan kerana takut apakah kita akan dapat lagi bertemu ramadhan akan datang. Tapi, rata2 kita zaman ini mengeluh bertemu ramadhan kerana jahil dan tidak nampak segala kebaikan ramadhan. Dihujung ramadhan pula kita begitu gembira kerana hampir tamat ramadhan. Ghairah membuat persiapan untuk beraya.....
Sama2lah kita fikir2kan dan renung2kan.....wallahualam