Selasa, 27 Oktober 2009

Rafiq janji......


APC UPM 2009

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kehadrat ilahi kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup ini, diberikan akal fikiran yang baik untuk terus berkhidmat dengan UPM, tempat kerjaku yang sangat dicintai.

Terima kasih SPS, terima kasih UPM kerana memberikan penghargaan ini buat kali kedua. Terharu yang tidak terhingga kerana dikalangan ramai-ramai rakan kerja, aku dipilih walaupun baru umur setahun jagung.

Jutaan terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta kerana banyak berkorban, sering ditinggalkan. Nasib baik ada Rafiq n Nafisah, peneman dirumah dikala aku terpaksa bekerja memenuhi tuntutan UPM. Terima kasih mak kerana melahirkan insan ini. Terima kasih ayah kerana memberikan aku sokongan/ nasihat sehingga aku bergelar pekerja cemerlang.

Terima kasih semua ahli keluarga. Terima kasih semua.

Isnin, 12 Oktober 2009

Lagi Seorang Anak Buah 2009



Alhamdulillah,

Bertambah lagi seorang anak buahku semalam. Ibunya Norhidayu, Ayahnya Azwan.......Nama anak Ahmad Fauzan Azim....lahir 11/10/2009, 6.10 pagi......Berat 3.94.......wow....beratnya.............